Duit Pocket = Buka Kedai!

Duit pocket, sememangnya kita memerlukan duit pocket yang lebih untuk buat apa saja kita nak, enjoy, shopping, jalan-jalan, hampir segala-galanya! tp, sentiasa tak cukup! lagi-lagi kita sebagai seorang pelajar. Melihat rakan-rakan lain yang lahir atau datang dari golongan berada, membuatkan kita terasa tersisih sedikit. Ialah, melihat dia orang bershopping sakan, berjalan-jalan, ada transportation sendiri, kalau nak bercinta pun tak kisah, duit ada! tapi bagi kita yang kurang mendapat atau tidak senasib dengan dia. Kita perlukan idea untuk meneruskan kehidupan. Idea membuatkan kita kekal berada disamping mereka! So, saya nak berkongsi cara-cara untuk mendapatkan duit pocket lebih! First saya nak bagi tahu adalah ; “A Shop”. Kedai, tak mustahil kita nak membuka satu kedai semasa belajar. sebabnya, banyak advantage yang kita dapat sebagai student.

anda memerlukan sesuatu yang diluar kotak. memerlukan idea yang orang tergelak tetapi tidak anda, percaya pada diri sendiri, tiada benda yang mustahil dalam dunia ni. Bila anda telah memikirkan untuk membuka kedai, anda perlu mencari tapak! sana ada dekat dengan main campus anda? Rumah sewa anda? mahupun buat dirumah sahaja.

Bila dah ada tapak, anda memerlukan sesuatu yang hendak dijual, percaya atau tidak, hampir 68% pelajar dimana-mana campus akan menjual top up sebagai duit tambahan bagi mereka. Profit tak lah sekencang mana, tapi cukup lah untuk depa berenjoy. So, saya mencadangkan sesuatu yang lebih besar lagi, iaitu menjual barang makanan. So, sebagai contoh; saya ingin membuka sebuat kedai/gerai makanan dan saya sudah pun listkan menunya. Percaya lah, keuntungan menjual makanan lagi kencang dari menjual top-up atau korang berblogging untuk duit korang.

So, benda yang paling susah dalam pembukaan kedai, iaitu barang-barang dan alatan memasak! mana korang nak cekau? betul tak? Sebab tu aku cakap, untungnya menjadi seorang student! ni caranya, Firstly, korang listkan dulu apa yang korang perlukan untuk membuka sebuah kedai, saya ambil contoh saya, saya nak membuka kedai makanan yang menunya sudah ditetapkan, dan saya sudah pun menlistkan barangan yang saya perlukan, Seterusnya! apa yang korang perlukan ada lah satu PROPOSAL! satu proposal untuk kedai korang, sama ada korang buat untuk Kelab (eg;kelab usahawan) atau pun sebagai kerja luar.

untuk memudahkan proposal korang diterima, korang cakap lah nak tubuhkan satu persatuan/kelab usahawan, atau pun korang buat proposal RP (rancangan perniagaan) untuk mudah diluluskan, sebab bahagian ni amat penting kerana “SPONSOR!” kalau boleh, modal yang dikeluarkan oleh kita jangan melebihi 20% dari nilai modal keseluruhan! sebab, kita student, banyak sebenarnya sponsor kat luar sana yang mampu untuk mengsokong kita dari segi kewangan untuk membuka perniagaan sendiri. Nyatakan didalam proposal tersebut, 100% manage by student! sebab hanya student saja yang layak untuk buat benda macam ni.

Dari segi penjualan pula, jangan risau, buat satu target untuk jualan seharian kita, contohnya burger, buat siap-siap dalam 100px and then jual, if tak laku, jangan takut, sebab tu perlunya TAPAK yang strategik untuk door-to-door selling, ketuk aje pintu hostel/rumah dia orang and cakap korang dari ni ni ni and jual ni ni ni, POP! satu relationship terjalin antara korang dan dia orang, if dia orang tak beli, dia orang tahu korang dari mana, next time, dia orang akan beli punya lah, 90% orang akan beli apa yang korang bawak depan pintu dia (Student lah, if mak cik sebelah rumah tu, sure kena halau punya).

Sekiranya korang memerlukan bantuan untuk setup benda-benda macam ni, jangan malu jangan segan, email saja dekat saya. God with you! Salam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s