Ciri-ciri Keusahawanan

Terlalu banyak business yang boleh kita ceburi di Malaysia ni, serta banyak infomasi yang boleh kita perolehi dengan kerajaan mahupun inisiatif sendiri untuk memulakan sesuatu perniagaan. Sungguh pun begitu, kebanyakan bumiputera di Malaysia ini tidak mengambil peluang yang ada di pasaran semasa, dan kebanyakan juga orang bumiputera ceburi bidang perniagaan yang berasaskan makanan. Ekonomi Malaysia kini pun sudah di kuasai hampir 99.9% oleh golongan bukan bumiputera. So, sifat yang macam mana kita perlu untuk berdaya saing dengan golongan bukan bumiputera ini.

7 ciri-ciri yang wajib ada dalam setiap usahawan untuk berjaya ;

1) Inisiatif.
Sikap yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum terpaksa melakukannya, dipaksa oleh keadaan atau diarah supaya melakukannya.
Giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang-bidang, keluaran atau perkhidmatan yang baharu.

2) Melihat dan Merebut Peluang.

Sentiasa mencari dan melihat peluang yang wujud di persekitarannya dan kreatif serta mampu merebut peluang-peluang tersebut.
Merebut peluang-peluang yang luar biasa dalam memperluas pasaran, menggunakan teknologi baharu, mendapatkan tempat perniagaan, mendapatkan bantuan kewangan, peralatan atau bantuan-bantuan yang boleh membantu meningkatkan prestasi perniagaan.

3) Komitmet.
Memberikan tumpuan kepada perniagaan dan melakukan pengorbanan peribadi dalam mencapai atau menyelesaikan kerja. Seterusnya, menerima tanggungjawab sepenuhnya dalam menyelesaikan kerja untuk pelanggan.
Sanggup membantu pekerja atau mengambil alih tugas mereka untuk menyelesaikan kerja dan juga melahirkan perasaan mengambil berat untuk memuaskan hati pelanggan.

4) Ketegasan.
Usahawan yang tegas mampu menyuarakan sesuatu masalah kepada orang lain secara langsung dan mampu mengambil tindakan walaupun menghadapi tentangan daripada pihak lain.

5) Kecekalan.
Berusaha dengan mencari jalan untuk mengatasi rintangan yang menghalang pencapaian matlamat serta berusaha melakukan sesuatu untuk mengatasi halangan apabila menghadapi masalah yang besar tanpa cepat menyerah kalah.

6) Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi.
Menunjukan keinginan untuk menghasilkan atau menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Sentiasa membuat perbandingan akan mutu kerja sendiri atau syarikat dengan orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih baik.

7) Kecekapan.
Sentiasa mencari jalan untuk melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah dan pantas. Serta menggunakan maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan perniagaan yang terkini untuk membaiki kecekapan syarikat dan diri sendiri dan juga mengambil berat perkiraan kos atau keuntungan hasil sesuatu pembaharuan, perubahan dan tindakan.

Tapi bukan hanya 7 sahaja ciri-cirinya, terdapat banyak lagi ciri-ciri yang perlu ada. Apa-apa pun, the best ciri-ciri tersebut adalah dengan kita sendiri mencari ciri-ciri itu dengan berkerja dahulu sebagai orang bahawan. Pengalaman adalah satu ciri-ciri yang sukar untuk di ceritakan tetapi pengalaman lah dapat mengajar kita menjadi seorang yang berjaya!

Leave a comment