Bila Si Kuda Tujuk Hero

Lelaki sememangnya ada sifat keheroan dia, tapi terkadang kala tersalah tempat dan juga terkadang kala terkena diri sendiri juga. Bila sesuatu trajedi terjadi di hadapan mata, sesuatu yang memerlukan bantuan lah, tanya diri kita dulu. Boleh ke kita bantu dia? Betul ke aku nak bantu dia? Tak salah nak menjadi hero, tapi kalau kita sendiri tidak yakin dengan diri sendiri, payah tu. Memakan diri sendiri aje.

Contoh kes :

Kes lemas sememangnya payah untuk kita membantunya. Saya mengerti, sekiranya yang lemas itu adalah saudara-mara kita, tapi saya ajukkan kepada anda pula. PANDAIKAH ANDA BERENANG? anda perlu mengambil kira faktor utama ini, kerana air dalam pool tak sama air kat open sea bro. Silap-silap dua-dua meninggalkan dunia ni, dah menyedihkan sanak-saudara yang lain.

Selain itu, faktor untuk kita menjadi hero yang perlu dititikberatkan adalah ;

  • Adakah anda dalam keadaan bertenaga?
  • Adakah anda tahu cara penyelesaiannya?
  • Adakah anda tahu siapa yang patut di tolong?
  • Apa tujuan anda menolong?

Faktor-faktor ni perlu bro untuk kita mengetahui sesuatu situasi. Misalannya, ada satu kes lelaki pukul perempuan, siapa yang patut anda tolong? Wahal perempuan tu yang kitai mamat tu, jangan main-main bro, perempuan sekarang banyak jurusannya.
Tapi saya sure bro, anda adalah hero 100% bila ;
  • Aweks tumpang tanya : Sure TAHU aje jalannya!
  • Dompet aweks jatuh dalam longkang : Busuk2 pun tak per!
  • Aweks mintak tangkap gambar ngan kawan-kawan dia : Perh! Photographer-Hero kau kejap!
  • Etc yang berkaitan AWEKS!
So, awas jejaka-jejaka di luarsana. Tak semestinya kita menolong orang kita menjadi HERO. Sebenarnya HERO dimata perempuan bila MATA perempuan tu pandang aje kau, terus masuk ke PALUNG HATI dia, memang kau hero sepanjang zaman percintaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s