Parkour

Banyak benda bila dah tua kita tak dapat nak buat. Maklumlah, badan dah tua, tulang pun dah tak larat nak menahan impak dari kecelakaan. teringat masa awal tahun 2007, saya agak aktif melakukan aktiviti Parkour sama ada dia bangunan terbiar mahupun kediaman saya. Tapi alangkah nasib malangnya bila gambar-gambar dan video-video kenangan hilang dek Hard Disk Corrupt!

Pengkreditan kepada seorang dengan penemuan serta ciptaan Parkour yang sememangnya sukar untuk dilakukan. Parkour telah wujud sekian lamanya atau boleh dikatakan PK (Parkour) wujud setelah manusia wujud di muka bumi ini!Kerana pergerakan yang cekap digunakan masa prasejarah dulu apabila mereka mengejar atau melarikan diri.

Parkour moden yang dimajukan dari ‘Kaedah Asli’ Georges Hebert. Ini adalah satu cara untuk meningkatkan kecekapan fizikal dengan menggunakan kaedah yang berbeza pergerakannya dalam pelbagai halangan. Kaedah pergerakan termasuk berjalan, berlari, melompat, gerakan berkaki empat, memanjat, mengimbangi, mengangkat, berjuang dan berenang. Kaedah latihan adalah digunakan untuk menyediakan anak didik Hebert dalam “Keperluan Moral” hidup dalam cara yang paling holistik.

DBDavid Belle! Siapa tidak kenal dengan David Belle yang secara meluas dianggap sebagai pengasas Parkour! PK diperkenalkan kepadanya melalui Kaedah Semulajadi oleh datuknya yang telah melihat kaedah yang diamalkan oleh tentera Perancis. Belle, bersama rakan-rakannya, Sebastein Foucan, Yann Hnautra dan Laurent Piemontesi terlebih dahulu mengamalkan apa yang kini dikenali sebagai Parkour ketika usia mereka 19 tahun aje, (sama seusia dengan saya sewaktu saya tertarik dengan PK, satu facts yang menarik untuk saya!). Belle memperkenalkan PK kepada masyarakat yang kecil yang memanggil diri mereka Yamakasi. Ini berasal dari bahasa Congo, bererti semangat yang kuat, badan yang kuat, dan ketahanan.

b13Terasa nak buat lagi PK ni, tapi apakan daya, saya sudah meningkat usianya. Tulang kena jaga LOL, sebab nak kawin ni!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s