Kuantan ; Tahun Terakhir | Perjalanan Pertama.

Saya terasa dan agak berminat untuk menulis tentang kehidupan saya di kuantan yang penuh dengan pengalaman serta nilai-nilai kehidupan yang saya belajar disini. Ini permulaannya. Selepas saya berhenti di satu universiti di selatan tanah air, saya berkerja di sebuat syarikat Freight Management bahagian Import Department, agak lama juga saya berkerja disana, gaji yang saya terima pun agak lumayan, tetapi jauh didalam sudut hati ini, saya nak belajar dan tetap belajar, saya pun mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mencari IPT yang menerima saya, kebanyakannya saya memohon IPT, sebab IPTA saya sudah di senarai hitamkan.

_MG_8356

Banyak kolej yang menghantar surat serta panggilan masuk untuk menerima saya ke IPT mereka, tetapi saya tekad untuk meneruskan pelajaran saya tanpa meminta duit dari keluarga saya. Yuran. Itu ada lah satu masalah kepada saya, kerana ketika saya ada gaji, saya tidak pernah menyimpan. Lalu saya deal dengan kebanyakan kolej untuk memberi saya pilihan untuk tidak menjelaskan yuran pendaftaran sehinggalah saya mendapat pinjaman. Lalu, Kolej Swasta di Pantai Timur menerima kemasukan saya dengan tidak berbayar apa-apa pun. Saya pun mengambil keputusan untuk menerima kolej tersebut dan saya terpaksa menipu banyak orang termasuk keluarga dan rakan-rakan yang lain kerana sebab peribadi dan juga tidak mahu persoalan yang banyak ditanyakan kepada saya.

Saya menjual asset saya untuk perjalanan saya ke Kuantan, setibanya saya kekuantan, saya hidup dengan penuh dugaan dan cabaran. Dengan duit yang serba kekurangan, dengan tidak ada sesiapa tahu saya di sini kecuali keluarga saya. Alasan saya ada lah saya mendapat tawaran belajar IPTA. Namun semua itu hanya lah alasan kerana saya banyak membuat masalah.

Maafkan saya mak, abah, kerana kecewakan anda semua. Malah seseorang yang amat saya cintai waktu itu, maafkan saya kerna tidak mendengar cakap dan terlalu angkuh dengan pendirian saya waktu itu, kini, kita tidak bersama lagi kerana ini lah yang kita pinta. Iaitu perpisahan.

Kedatangan saya dikuantan amat menduka citakan saya serta sesetengah orang yang related dengan saya. Tapi apa kan daya sebab saya minat untuk belajar. Alhamdulillah saya sudah sampai ke peringkat akhir.

29012009547

Banyak perjalanan cerita yang saya akan cerita kan, kenangan serta kepahitan untuk meneruskan hidup dikuantan ini.

Terima Kasih Kepada Keluarga, Fikri, dan sahabat-sahabat saya yang banyak membantu saya ketika dikuantan, akan saya tangisi pemergian saya. (Sekarang pun sudah menangis.)

..Bersambung..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s