Saya bermimpi

Agak terasa lama tak mengupdate post saya. Saya bukan tidak ada idea untuk menulis, tetapi saya terlalu banyak idea untuk dicurahkan kepada benda yang lain dan yang lebih memerlukan saya. Alhamdulillah, saya diberi teman hidup yang memahami dan sentiasa menyokong saya. Terasa terharu dan terasa rindu kepadanya.

Ok, pasal post ni, SAYA BERMIMPI, dahulu, waktu saya kecik-kecik selalu mimpi bukan-bukan malah setiap benda yang bernyawa pun mimpi tau. Mimpi karut marut ni sememangnya best untuk tatapan minda yang lena, umpama kita tengok movie pula. Ha! adalah terasa sikitkan? Apa yang kita nak mimpi semuanya boleh.

Tapi tu semuanya dahulu. Sekarang ni, saya teramat-amat jarang sekali untuk bermimpi, kerana semakin lama semakin banyak masalahnya. Sekarang saya tak boleh untuk mengawal mimpi atau meminta mimpi kepada-Nya. Kemana menghilang mimpi-mimpi saya yang karut marut itu? saya pun tak tahu.

Sekarang ni, kalau saya bermimpi akan sesuatu, sebenarnya, bukan lah mimpi, Tapi Deja-Vu. YUP! Saya percaya kepada Deja-Vu, kerana apa yang saya mimpi sebenarnya adalah satu hint kepada saya, saya tidak lagi boleh mengawal mimpi (deja-vu) tersebut kerana bukan kuasa saya untuk mengubah takdir. saya hanya dapat menghadapi atau mencuba cara untuk megelakkannya dan juga tawakal kepada-Nya agar tidak mendapat sesuatu yang buruk.

Mimpi mainan syaitan? Tah, bagi saya, mimpi umpama movie free yang saya tonton dan saya mengawalnya, tapi mainan syaitan tu may be betul sebab, dahulu kala senang cerita, ketika saya bermimpi, saya tahu, itu lah waktu subuh untuk saya bangun mengerjakan solat subuh. Tak percaya? sekiranya anda kerap dengan mimpi dalam hidup anda. Cuba anda bangun, saya 80% percaya bahawa itu sebenarnya waktu subuh.

(Tetiba aje bagi ceramah pasal subuh ni, ni dah melarut dah ni.)

-THE END-

Digg This

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s