Manjaku Sayang : Kehilangan You akan I rasai.

Saya tahu saya tidak seperti orang lain yang memberikan segala kasih sayang, segala-galanya yang kamu hendak dapat daripada dia. Bahkan, saya tidak selalu bersama-sama dengan kamu. Saya yang tidak pernah mengambil berat terhadap kamu, tidak pernah mengembirakan kamu. Dengan saya, hanyalah derita dan sengsara yang terpaksa kamu lalui.

Cinta yang lama sememangnya saya amat tangisi pemergiannya, saya sentiasa menyesal dengan kepemergian dia, tapi saya cuba terima kenyataan untuk menerima ketiadaannya dalam hidup saya, kerana dia adalah cinta pertama saya, dan juga saya sudah lama bersama dengan si dia.

Tapi bila dengan kamu, kita masih rasa lagi kewujudannya kerana kamu tidak pernah ada disisi saya. Saya selalu mendesak kamu, supaya kita berjumpa, tapi sering-kali kamu menolaknya, now u berada di Singapore, lagi susah untuk saya bertemu dengan kamu, tapi saya pernah nak pergi sana, tapi kamu tetap berdalih, saya terima kamu seadanya walau apa-apa pun yang berlaku.

IMG_3953

Perangai saya memang tak pernah berubah, kenapa saya macam ni? saya sebenarnya ingin dan teramat sangat memerlukan seseorang disisi saya yang sentiasa saya belai, yang sentiasa bertemu ‘roh’ dan secara fizikal.

Sifat saya yang tidak mengambil berat sebenarnya satu ujian kepada kamu untuk mengetahui siapakah kamu sebenarnya? Saya ada lah seorang yang hidup susah, tetapi mempunyai banyak idea dan cara hidup untuk keluar dari kepompong itu.

Saya menguji awak hanya dengan ketidak mengambil berat sahaja, awak lansung tidak dapat menerimanya. Macam mana awak nak hidup susah dengan pasangan awak? Saya terlupa, awak sebenarnya tidak pernah hidup susah, sebab tu awak selalu merengek manja. If di takdirkan saya menjadi seorang nelayan? pergi kelautan dalam, dan  7 hari berada di lautan, awak akan mengambil berat terhadap saya, saya tidak mengambil berat lansung terhadap awak, sebab saya mencari rezeki dan hidup atau mati terletak pada takdir serta kemahiran yang ada. Andai kata, saya hilang di lautan? Awak akan tangisi, tapi sekiranya saya pulang kerumah, awak akan gembira. Gembira awak itu lah sebenarnya semangat saya.

Awak berjauhan dengan saya, awak, kalau awak nak tahu, saya tidak pernah mungkir janji dengan seseorang, sekiranya saya kata saya sayang awak sampai mati, saya sayang awak sampai saya mati betul! sebab itu saya tidak pernah meninggalkan Nur Firdaus kerna saya amat benar mencintainya. Tapi saya tidak boleh bersama dia, tapi saya boleh bersama dengan awak. Tapi awak cemburu, dan iri hati serta di racuni fikiran oleh rakan-rakan awak.

DSC00006

Hanya NUR FIRDAUS yang mampu bertahan sehingga 5 tahun! 5 tahun yang saya tidak akan pernah lupakan, 5 tahun yang amat lama untuk melupakannya. Tapi awak? baru 3 bulan? Nampaknya saya sudah silap memilih teman hidup. Tapi saya pernah janji dengan awak, yang saya akan tetap tunggu awak. Maka saya akan menanti sehingga saat kita bertemu tetapi tak mungkin kita bersatu.

3 Bulan satu penyiksaan kepada awak? Tapi satu kegembiraan kepada saya kerana awak berjaya hidup susah dengan saya selama itu. Tetapi sayang awak tidak dapat bertahan untuk merasai nikmatnya. Alhamdulillah kepada-Nya, kerana tidak menjodohkan kita. Saya baca post awak, dan, saya nak tahu, betul ke awak pegang kata-kata awak. Yang tidak akan menganggu saya. Saya Sentiasa Sayang awak dan saya akan ingati kenangan pengenalan kita.

 

Berbalas Kepada POST awak tentang KECEWA

Awal-awal lagi saya dah bagi HINT kat kat you kalau u nak tahu.tak percaya? Cuba Hayati perkataan yang saya tulis dekat gambar tersebut?

Sebab saya tak boleh tido tanpa mendengar suara awak dahulu, namun kini saya akan cuba untuk tido dan melupakan awak yang sebenarnya tidak boleh hidup dengan saya. ILY.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s