Kisah Roh Saya dan Awak

Amat merbahaya sekali jika seorang lelaki menjadi pak turut kepada kekasihnya atau isterinya, kerana lelaki itu dilahirkan bakal menjadi pemimpin kepada kaum wanita, tetapi mengapa harus terjadi sebaliknya pula?

Kalau ia pun dah sayang sangat kepada kekasih kita atau isteri kita, bukan itu caranya, kerana akibatnya akan rosak segala kehebatan perancangan bak kata lagu Alahyarham Tan Sri P. Ramli. Rosak lah irama dan lagunya.

Untuk mengatasi jika perkara ini berlaku dan jika ada sesiapa yang terasa dia di kawal oleh kekasih atau isteri, lakukan pengembalian Roh semula, dengan cara berikut:-

1. Bersembahyang sunat hajat di 1/3 malam mohon kepada Allah agar kekuatan kepimpinan anda dikembalikan, jika sekiranya Ruh anda telah dikuasai oleh orang lain, mohon agar dikembalikan semula

2. Berzikir lah sebanyak-banyaknya

3. Zikirkan asma Ul-Husna ” Ya Raqib ( Yang Maha Mengawasi ) sebanyak mungkin mohon agar diri anda di berikan pengawasan oleh Allah jangan sampai dikuasai orang lain

4. Lakukan konsentrasi dalam zikir pada tengah malam mohon kekuatan zat ( Batin ) anda mohon mengembalikan kekuatan peribadi dan pancaran aura, kerana disitulah terbentuknya kuasa mangnetik ruh anda .

5. Praktikalkan dengan cara menguasai sedikit demi sedikit dengan menolak sesekali permintaan dari orang yang menguasai anda. lakukan secara diplomasi.

6. Tumpukan keyakinan diri, ketegasan dan saikologi bahasa dengan mempelajarinya dari orang-orang yang berpengalaman.

Semoga anda melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang lelaki dan lakukanlah kepimpinan mengikut syariat Islam sebenar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s