Kebaikkan Daun Kesom

2620761265_7f01005493Bukan setakat untuk rencah masakan asam pedas atau laksa sahaja. Ianya lebih daripada itu. Daun Kesom mempunyai kepelbagaian khasiat untuk kesihatan manusia sesuai dengan enzim yang sedia terkandung didalamnya.

1. Daun kesom digunakan untuk pemanas badan dan kelancaran penghadzaman, peredaran darah lancar dan sempurna. jika sekiranya diamalkan meminum teh daun kesom

2. Bagi ibu-ibu yang lepas bersalin memakan lauk, pauk yang bercampur daun kesom atau meminum teh kesom ianya mampu mengelakkan badan daripada kesejukan . Ini kerana daun kesom mengandungi vitamin A,C dan bahan galian seperti kalsium, kalium dan fosforus yang tinggi

3. Untuk mengharumkan bau badan, minuman daun kesom boleh diamalkan atau mandian air astrak daun kesom yang direbus untuk bilasan mandian. Ini kerna kandungan bahan kimia aliphatic aldehyde dan dodecana yang mengharumkan tersedia dalam astrak kesom.

4. Untuk menghilangkan kelemumur pada rambut dikepala. Lumurkan daun kesom yang telah dilumatkan pada bahagian rambut dikepala. biarkan dalam tempuh 30 minit sebelum dibilas. Lakukan berulang-ulang kali sehingga kelemumur hilang terus

5. Untuk menghilangkan panau pada bahagian badan. Campurkan daun kesom dengan sedikit minyak tanah, lumatkan kemudian gosokkan pada bahagian panau dengan cara menenyeh kuat sehingga nampak kemerah-merahan. Lakukan berulang-ulang sehingga akhirnya panau hilang terus dari badan.

P/S : Nasib baik daun Kesom, kalau daun ketum?

Ada pendapat mengatakan minum air daun ketum, bagus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s