PROJEK 1 SUARA 1 MALAYSIA 2011 / 2012

SALAM 1 BELIA 1 MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan Bahagian Pembangunan Rakan Muda melalui Cawangan Pengembangan Rakan Muda dan Pembangunan Organisasi & Kesukarelawanan akan menganjurkan FAMME’2011 (Fashion.Arts.Music.Magic.Edutainment @ Lorong Seni ‘2011 ).

Maklumat dan keperluan penganjuran adalah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Oktober 2011
Lokasi : Lorong Seni, Aras Bawah Kaki Lima, Menara KBS
Masa : 10.00 Pagi hingga 10.00 Malam
Sasaran : Remaja, Belia, Lepasan PMR
Jemputan : SEPERTI DILAMPIRAN

PROJEK 1 SUARA 1 MALAYSIA adalah 1 Projek Penghayatan dan ‘countdown’ berterusan untuk 1Malaysia sebagai Apresiasi rasa kesyukuran pada tuhan serta menunjukkan rasa kecintaan, keprihatinan sesama manusia, Perpaduan Negara serta Penghayatan Kemerdekaan 1Malaysia dan melangsungi ke Hari belia Negara 2012 ~ Himpunan Jutaan Belia.

Jadual Lorong Seni adalah seperti dilampiran.

Sekiranya ada penajaan, serta kesudian dan berminat : apa yang akan anda perolehi, Jaringan Sosial yang terbaru kerana Penglibatan antara golongan remaja pelbagai citarasa, minat, pilihan pengisian masa lapang masing-masing dan dijana oleh Program Pengiktirafan seperti ARPRM dan lain-lain. Perkara ini mampu memberikan anda idea kajian pemasaran baru, informasi, data yang telus dan langsung.

Selain remaja golongan pelbagai demografi sosial juga mampu memberikan pandangan dan bertukar-tukar fikiran serta jaringan hubungan perniagaan dan ‘future-planning’ yang lebih efisien. Nama baik ‘Goodwill’ penaja juga terjamin dan lebih dipandang tinggi kerana ianya melibatkan Program Kesukarelaan dan Kesenian serta menyokong beberapa usaha kerajaan dan dasar yang berkaitan serta menunjukkan komitmen sokongan seperti didalam ASEAN Youth Forum & Festival yang ingin mencapai 1 Komuniti ASEAN menjelang 2012 dengan sasaran ‘Memperkayakan Usaha Belia dalam Merakyatkan Seni Budaya’ samada di Peringkat Tempatan dan Antarabangsa.

Secara jujurnya jika anda mengharapkkan wang besar, elaun berbaloi-baloi, token duit minyak beratus-ratus, maka bukan kami jawapannya. Jika anda mengharapkan kami mengeluarkan wang beribu-ribu ringgit untuk menyediakan dan membayar keperluan anda, maka anda silap lagi.

Namun, apa yang kami boleh janjikan adalah :

01. Penyerlahan Bakat & Potensi
02. Perhubungan, Perkongsian Ilmu & Pengalaman
03. Penerimaan, Penghayatan dan bertoleransi 1 Malaysia
04. Semangat Bekerja Berpasukan dan Semangat Kesukarelaan
05. Peluang, Keusahawanan, Kajian Pasaran Kreasi Baru
06. Kebajikan, Empati, Kemasyarakatan dan Amalan Berterusan
07. Hebahan Media, Komunikasi Awam dan Pendedahan
08. ICT, Informasi, Sastera Ilmiah & Interaksi Sosial
09. Pengkayaan dan Pelestarian Adat, Seni & Budaya
10. Perkongsian Kepakaran, Penghargaan & Pengiktirafan

PENAJAAN & SUMBANGAN

Pihak Penganjur mengharapkan penajaan dan sumbangan daripada pihak yang sudi memberikan penajaan dan sumbangan berbentuk barangan dan kewangan.

Penajaan diharapkan agar membantu melicinkan lagi perjalanan program serta membiayai kos penganjuran. Selain itu penajaan juga diperlukan bagi menunjukkan pihak penaja turut sama menyokong penganjuran, matlamat & objektif program. Pihak Penganjur juga meletakkan kategori penajaan dan sumbangan berdasarkan kategori berikut :

Penajaan Barangan dan Kewangan yang diperlukan adalah seperti berikut :

A.
1. Hebahan,
2. Perkhidmatan pentas,
3. Bahan promosi cetakan,
4. Makan-minum,
5. Cenderamata VIP,
6. T-shirt urusetia,
7. Set-props Teater,
8. Sound & Light Audio system,
9. Dan lain-lain yang dirasakan perlu

B. Barangan Hadiah
Piala Pusingan
Piala Iringan
Hamper
C. Jamuan
Katering
D. Penginapan Urusetia
E. Promosi / Publisiti
Banner
Bunting
Flyers / Brochure / Leaflet
F. T-Shirt Rasmi Penganjur & Urusetia

G. Kewangan RM 10,000 ke bawah, RM 10,000.00 ke atas dan RM 30,000.00 ke atas

FAEDAH PENAJAAN

LANTIKAN RASMI SEBAGAI PENAJA KORPORAT ( RM 10,000.00)
01. Pengumuman rasmi sebagai penaja korporat sepanjang Program.
02. Logo syarikat/organisasi disiarkan dalam semua medium pemasaran seperti brosur, banner, laman web, dan buku program.
03. Logo syarikat diletak di backdrop
04. Pemberitahuan kepada pihak Media dan tetamu VIP
05. Dimuatkan didalam Laporan Tahunan dan Kempen Lorong Seni semasa
06. Sijil Penghargaan.
07. Pameran/Booth percuma.
08. Resit Pembayaran / Penerimaan untuk Penajaan Wang Tunai
09. Pengumuman rasmi sebagai penaja makan malam.

PENAJA BARANGAN DOOR GIFT,
01. Penajaan barangan seperti door gift dialu- alukan.
02. Pengumuman rasmi sebagai penaja barangan.
03. Logo syarikat diletak di backdrop
04. Pameran/Booth percuma.
05. Sijil Penghargaan.

KEPERLUAN FIZIKAL / LOJISTIK & KEWANGAN PERLAKSANAAN LORONG SENI ( RM 15,000.00 )

01. PA Sistem & Backline di Lorong Seni dan Dewan Orkestra
02. Earpiece Mic & Walkie-Talkie
03. Banner, Banting, Backdrop ‘Lorong Seni’ / Signage / Partition
04. Tag / Tali Tag / Media / Press Kit
05. Flyers / Poster / Bahan Edaran Promosi
06. Pentas, Tinggi : 2’ atau 3’ , Lebar : 12’ x ‘15
07. Tiang Backdrop 20’ x 10’ , Tiang Banting
08. Fotografer / Videografer : Rakaman Lorong Seni
09. Kanopi di bahagian tidak berbumbung
10. Meja & Kerusi ( pameran, gerai, jualan )
11. Sewaan Lori / Bas sebagai pengangkutan membawa Set & Props Teater
12. Plak Penghargaan kpd Perasmi
13. Buku Program ‘berwarna & hitam-putih’
14. Plak Penghargaan kpd Rakan Kongsi & Penganjur Bersama
15. Bayaran Token Duit Minyak kepada Performer
16. Bayaran Token Untuk Fotografer & Videografer
17. Bayaran untuk keperluan diatas
18. T-Shirt khas ‘Crew Volunteer – Lorong Seni’
19. Bayaran Token kepada Urusetia & Kaki Teater Muda Putrajaya
20. Makan-minum / Air Mineral sepanjang persiapan Lorong Seni
21. Lain-lain yang dirasakan perlu.

Semoga dengan usaha ini dapat menarik perhatian anak muda Putrajaya dan sekitar serta Sukarelawan Rakan Muda / iVolunteer akan bergiat dengan lebih aktif lagi dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda lebih mendapat perhatian khususnya remaja agar masa lapang mereka terisi dengan aktiviti yang berfaedah disamping menjana Modal Insan Negara menjelang tahun serta Wawasan2020. Ruang dan platform yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberikan impak serta portfolio baru kepada keberkesanannya.

Perancangan LORONG SENI seterusnya melalui Projek 1 Suara 1 Malaysia dan akan dijalankan (masih dalam proses perancangan strategik) melalui Lantikan Sakretariat Lorong Seni – Kelab Belia Tenaga Putrajaya, [ +Himpunan Jutaan Belia Putrajaya-Mei 2012+ ] adalah seperti berikut :

SEPTEMBER : LORONG SENI 1 SUARA 1 MALAYSIA @ DATARAN MERDEKA

OKTOBER : LORONG SENI @ BUKIT BINTANG YOUTH JAMM
– Pelancaran Album 1 Suara 1 Malaysia : Puisi, Lagu & Akustik

FAMME’2011 ( Fashion.Arts.Music.Magic.Edutainment @ Lorong Seni ‘2011 )

* iVolunteers Promo & Registration
* Kelas Penulisan Kreatif bersama Izan Ali
* Muzika Nusantara bersama Jerry Kamit, Pendekar Bambu, KL StreetDrummers
* Orkestra SMK P11(1) by Hishamudin Hishamuddin Zahari
* Vokal Harmony bersama By Heart Clan, SMK P9(1)
* Tarian Demo & Class bersama ASPENA, Max 247
* Jiwa & Rasa : Duduk rapat bersama…
* Magic & Ilussion by Mr.CK Kiku Khairil
* JammOn Session by Hyke Nasir and Hacktick, Syahriz Daniel, Faulty.D
* CupCakes Class by Zarina Aniraz
* The Fashion Show by Eyoi Adam Artistic Model Search Team
* Arts Silent Mime by The Qum Actors
* Puisi & Puitis bersama Salman Al-Farisi, Yusrika Bahar, Muna Ghoz…
* New Coming Artist iVolunteer by Max 247, Azmir Arif
* Short Frame Moment in Film by Angkatan Pembikin Filem
* Parkour Demo & Arts Confliction by Danial Asyraff Adnan
* GLee Team Flash Mob by Kelab Belia Taktik Jamal Jamaludin
* Acoustic by Khairil S, Mosyuki Syukri Borhan, Acid Hadi, Reel Azhar
* The Books & Arts Display by Frinjan, Zulhabri Supian

*Many More to join in. All welcomes. Diatas hanya sekadar cadangan. Jika yang ada ini bersetuju, InsyaAllah, minggu ketiga Oktober. Saya sedang usahakan penajaan, token dan sebagainya ( USAHAKAN ). Oleh itu doakan sukses dan berjaya mendapatkan. Ada senarai ‘sponsor’ mari kita make it officials. Bantu Lorong Seni

NOV / DIS : Lorong Seni 1 Suara 1 Malaysia A Camp-Journey to …… ( by Sponsorship )

TAHUN 2012

JANUARI – APRIL : MONTHLY TOUR at Kompleks Kejiranan Putrajaya

Lorong Seni Putrajaya @ Pusat Komuniti Presint 9
Lorong Seni Putrajaya @ Pusat Komuniti Presint 16
Lorong Seni Putrajaya @ Pusat Komuniti Presint 11
Lorong Seni Putrajaya @ Diplomatik
Lorong Seni Putrajaya @ MyPark Presint 5

MONTHLY TOUR – Himpunan Jutaan Belia Putrajaya -Mei 2012

Lorong Seni Johor – Seni ke Danga
Lorong Seni Terengganu – Seni ke Kemaman
Lorong Seni Sarawak – Seni ke Kenyalang
Lorong Seni P.Pinang – Seni ke ‘Habaq Mai’

MEI 2012 HARI BELIA NEGARA 2012
LORONG SENI 1SUARA 1MALAYSIA – GATHERING!

Yusrika Bin Bahar
Pegawai Rakan Muda
Unit Promosi & Publisiti ‘Lorong Seni’
Cawangan Pengembangan Rakan Muda
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negara
Kementerian Belia & Sukan Malaysia
Tel : 03-8871 3458 Fax : 03-8888 8780
yusrikabinbahar@yahoo.com

Aktivis Seni ( PENGERUSI )
Kelab Belia Tenaga Putrajaya
(a.k.a Kaki Teater Muda Putrajaya)
d/a Bahagian Pembangunan Rakan Muda,
Aras 2, Menara KBS, No 27, Persiaran Perdana
Presint 4, Putrajaya
Facebook : Yusrika Bin Bahar / Lorong Seni / Kaki Teater Muda Putrajaya
Blog : yusrikabinbahar.blogspot.com
012-7052504

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s