Saya Pelupa

Saya tidak berdalih lagi, sememangnya saya seorang yang alpa dan pelupa sebenarnya. Terbukti kalau pergi ke pasar untuk membeli barang dapur, seringkali saya terlupa sayur apa yang dipesan oleh mak saya, kalau ke kelas pula, mula lah lupa tentang kerja atau pun assessment yang di berikan bukan saya buat-buat lupa yeah, tetapi sebenarnya saya seorang yang sememangnya pelupa.

PENYEBAB SAYA MENJADI PELUPA
Secara teori, memori otak sebenarnya boleh dipakai hingga usia 80 tahun. Namun kemampuannya akan menurun seiring pertambahan usia dan penurunan fungsi bahagian tubuh yang lain. Penyakit lupa di usia muda salah satunya disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat yang sentiasa saya amal kan atau sudah menjadi routine saya sebenarnya. Gaya hidup yang tidak sihat yang dapat merosak atau menurunkan fungsi otak adalah seperti yang saya amalkan :

1. Makanan sembarangan.

Dalam hidup saya, saya tidak mempunyai pantang makanan, semua aku bedal (myspace akaun) sudah menjadi sebahagian dari pada gaya hidup tidak sihat saya. Makanan instan yang banyak mengandung zat kimia berbahaya, makanan cepat saji, atau makanan dengan kandungan lemak, gula dan garam yang tinggi dapat memberikan saya penyakit seperti stroke yang akhirnya akan effect pada otak. Memang takut, tapi slow-slow saya cuba meninggalkan habit ni.

2. Rokok dan racun

No, comment! Sebab tanpa rokok saya lesu. hahahaha.

3. Kurang tidur

Betul, sebab kalau saya dah menghadap computer ni, memang tak tidolah jawab nya!

4. Stres

Sentiasa berlegar-legar dalam kepala ni, tu yang menyebabkan saya terlupa sesuatu kerana memikirkan stress yang dialami. tapi saya tidak boleh stress tahap hyper kerana saya akan mendapat demam dan BMI saya akan naik mendadak, mulalah kena tahan wad!

5. Malas.

Sebenarnya malas yang saya maksud kan adalah Malas melakukan ibadah wajib iaitu solat, sebab itu saya pelupa. Ingat yeah kawan-kawan, solat penting!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s