Tidak Semuanya Suka

Dikala aku kesedihan dan juga ketika aku bersendirian meneruskan kehidupan yang terumbang ambing mereka lah menjadi penyeri hidup dan juga menjadi sumber semangat. Tidak kesemua orang tahu apa yang aku telah lalui serta apa yang aku hadapi. Tak kesemua orang yang betul2 kenal dengan aku memahami aku. Orang mengenali aku tetapi sebenarnya mereka tidak tahu menahu mengenai kehidupan aku yang aku anggap unik. Perasaan yang entah kemana, mencari diri sendiri, aku menjadi celaru dengan diri sendiri. Melihat kepada cermin, memandang tetap kearah aku, aku jadi hilang. Siapa aku sebenarnya? apa tujuan aku hidup dalam dunia ni? Kenapa orang tidak menyukai aku? sedangkan aku tidak pernah mengambil peduli tentang hal mereka. Aku tidak pernah lansung mengutuk mereka. Adakah percakapan aku yang agak kasar membuatkan orang membenci aku? adakah mimik muka aku yang garang menjadi persoalannya? Aku tidak pasti apa yang manusia di sekeliling aku mahukan dari aku. Aku menjadi sebak hampir setiap masa kerana orang membenci aku._MG_8356

Terlalu lama untuk menghilangkan perasaan itu dari jasad yang hanya pinjaman ni. Terlalu sukar untuk menyakinkan kembali diri ni bila orang di sekeliling tidak memahami aku. Tapi dengan semangat yang datang secara pelahan, aku berubah sedikit demi sedikit menjadi orang yang mungkin tidak pernah wujud. Aku menyepi dan menjadi pasif untuk segala kegiatan yang aku jalan kan. Aku tidak tahu atau tidak mahu menambahkan beban kepada orang lain dengan penderitaan yang aku alami, setiap insan mempunyai masalah, aku tidak mahu menambahkan beban mereka, lalu aku memutuskan sendiri dengan cara pelahan-lahan aku berubah menjadi invisible yang orang di sekeliling aku. Aku mahukan mereka tidak perasan dengan kewujudan aku. Adakah itu yang manusia ingin kan? aku pasra dengan segala-galanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s